Ciri-ciri fizikal Petaling (pokok)

Pokok Petaling tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tingginya, dengan ukuran lilit batang pokok sebanyak 2 meter (6 kaki 6 inci). Pokok ini yang mempunyai akar banir tumbuh dengan amat perlahan dan mencapai ukuran lilit sebanyak 1.8 meter (6 kaki) hanya selepas kira-kira 150 tahun. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Berwarna perang pucat, dengan warna ungu sedikit.
  • Daun: Nipis, berbentuk bujur, dan tumbuh pada tangkai-tangkai yang halus.
  • Bunga: Amat kecil, dan berwarna hijau.
  • Buah: Berbentuk bujur dan berwarna hijau.